.

Tajwid Ra Tarqiq

HambaAllah.id, 03/09/2024, 08:18 WIB

Ilustrasi

Ra' Tarqiq

Ra' Tarqiq adalah cara membaca huruf ra dengan Tarqiq (tipis).
Ra harus di baca Tarqiq atau tipis karena beberapa sebab berikut ini:


  • Ra' yang berbaris kasrah.

  • Ra' yang bertanda sukun selepas huruf yang berbaris kasrah dan bertemu dengan huruf yang bukan huruf isti'la'.

  • Ra' di hujung kalimah yang disukunkan (waqaf yang mendatang) dan sebelumnya terdapat huruf sukun yang bukan huruf isti'la' dan sebelum huruf bertanda sukun itu, terdapat huruf yang berbaris kasrah.

  • Ra' di hujung kalimah yang disukunkan (waqaf yang mendatang) dan sebelumnya terdapat huruf ya yang bertanda sukun dan sebelum huruf ya bertanda sukun ini, terdapat huruf yang berbaris fatha atau kasrah.

  • Ra' bertanda sukun di hujung kalimah kerana huruf sebelumnya bertanda kasrah dan terdapat huruf isti'la' di kalimah/kata yang kedua.
Penulis: HambaAllah | Editor: HambaAllah
×